100,661 maut Covid-19

Paris: Lebih 100,000 individu di seluruh dunia maut akibat jangkitan pandemik Covid-19 dengan hampir 70 peratus kematian adalah di Eropah.

Menurut laporan AFP, angka itu dirangkum daripada pelbagai sumber, semalam.

Angka itu diperoleh dan dirangkum AFP berdasarkan data kerajaan dan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seramai 100,661 individu maut termasuk 70,245 di Eropah sejak virus itu dikesan di China pada Disember lalu.

Itali merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu seramai 18,849 individu diikuti 17,925 di Amerika Syarikat dan 15,843 di Sepanyol.

Angka itu diperoleh dan dirangkum AFP berdasarkan data kerajaan dan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19