11 maut, 10 cedera dalam kebakaran pangsapuri di Republik Czech

Satu bangunan pangsapuri terlibat dalam kebakaran di Bohumin, Republik Czech, 8 Ogos, 2020. REUTERS

SEKURANG-kurangnya 11 terbunuh, manakala 10 yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah pangsapuri di bandar Bohumin, timur laut Republik Czech, pada petang Sabtu.

Jurucakap bomba, Lukas Popp, memaklumkan enam mangsa, masing-masing tiga dewasa dan tiga kanak-kanak, terbunuh dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, lima yang lain maut selepas panik dan cuba menyelamatkan diri dengan melompat dari tingkat 12 bangunan tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, ketua bomba wilayah, Vladimir Vlcek menyifatkan kebakaran tersebut sebagai luar biasa kerana api begitu cepat merebak.

Dakwaan turut timbul bahawa kebakaran tersebut seolah-olah sengaja dirancang.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.