115 kes baharu Covid-19

Kuala Lumpur: Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara mencatatkan 115 kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 11,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 115 kes baharu itu, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 112 kes penularan tempatan.

Beliau berkata, kes import itu membabitkan satu individu warganegara dan dua bukan warganegara.

“Bagi 115 kes penularan tempatan, sebanyak 98 kes membabitkan warganegara manakala 14 bukan warganegara.

“Kes baharu Covid-19 hari ini mendapati Sabah kekal tertinggi iaitu 124, Selangor (11), Kuala Lumpur (6) dan Pahang (4),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 54 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,889 kes iaitu 89.62 peratus.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1011 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima kes yang memerlukan bantuan pernafasan dan tiada kematian dilaporkan hari ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19