30 karya terkurung

KARTUNIS, Abdul Razak Sofhin @ Subhi, 56, atau lebih dikenali sebagai Aza yang popular melalui karyanya dalam majalah humor Gila-Gila pada era 70-an dan 80-an terus aktif berkarya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, Aza kini menjadikan medium laman sosial seperti Facebook (FB) dan saluran YouTube untuk berkongsi karya bersama peminat.

“Sejak berkurung di rumah, saya sudah menghasilkan lebih 30 karya kartun bertemakan PKP. Ia ternyata mendapat sambutan pembaca melalui ulasan di FB.

“Idea untuk berkarya pula saya peroleh dengan menonton televisyen khususnya berita.

KARYA dihasilkan berkisar gelagat masyarakat sepanjang PKP.
KARYA dihasilkan berkisar gelagat masyarakat sepanjang PKP.

“Saya kritik masyarakat dalam bentuk lawak sinis melalui watak kartun,” katanya.

Dibesarkan di Felda Padang Piol, Jerantut, Aza berkata, karyanya lebih berkisar kepada gelagat masyarakat sepanjang PKP.

Watak kartun dihasilkan juga teliti malah latar belakang penceritaan banyak berkaitan dengan lokasi kisah berkaitan diceritakan.

“Saya suka sketsa ringkas kerana ia mudah difahami, baik kartun berbentuk politik, kemasyarakatan atau pendidikan, ia identiti saya sejak 1988,” katanya.

Menurut Aza, selain melukis, dia turut menyiapkan tempahan baju-T, cenderahati serta kulit buku pelanggan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan