4 didakwa bunuh Dr Wan Hassan

Kuala Lumpur: Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Dr Wan Hassan Wan Embong dalam kejadian samun pada 29 November lalu di rumahnya.

S.S Vickeswaran, 22; P Kogilan; M Ravindran, 23 dan T Sugu, 27, didakwa dengan niat bersama membunuh dengan menyebabkan kematian Dr Wan Hassan di No 9 Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, di ini, pada 29 November lalu antara 3.35 pagi dan 4 pagi.

Mereka kelihatan tenang ketika menyatakan mereka faham pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Malaysia.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Keempat-empat mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 9 Mac 2021 bagi sebutan untuk penyerahan laporan forensik.

[Berita lanjut menyusul]

Berita berkaitan

• Suspek utama tetak Dr Wan Hassan ditahan

• 10 suspek kes bunuh Dr Wan Hassan ditahan

• Penjenayah tetak Dr Wan Hassan diberkas

• Penjenayah tetak Dr Wan Hassan, rompak rumah jurutera pula

• Perompak disyaki guna laluan belakang

• Arwah minta terbitkan buku Panduan Mudah Membaca al-Quran [METROTV]

• [Update] Mangsa cuba melawan perompak

• Doktor maut ditetak perompak