4 penyamun tumpas

Sungai Buloh: Empat penjenayah yang menyamun rumah dan melanggar penghantar makanan ketika melarikan diri tumpas selepas polis melepaskan tembakan dalam kejadian di Sungai Buloh, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian samun itu mengejar kereta dinaiki suspek.

Menurutnya, dalam kejadian itu kereta suspek turut melanggar dan mengilis penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan.

“Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta demi mempertahankan pasukan dan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, kereta penjenayah terbabas dan pemeriksaan lanjut mendapati empat individu dalam keadaan tidak sedarkan diri, katanya.

Berita lanjut menyusul