5,750 kampit beras diberi percuma setiap minggu [METROTV]

Kuala Lumpur: Sebanyak 5,750 kampit beras akan diberikan secara percuma setiap minggu kepada penduduk kumpulan isu rumah bawah 40 (B40) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia antara inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan melalui [email protected] di bawah Program Kemiskinan Bandar (5MY).

“Pada hari ini saya ingin berkongsi satu berita gembira kepada penduduk di Wilayah Persekutuan.

“Kementerian dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan melalui program [email protected] akan mula menyumbangkan 5,750 kampit beras secara percuma setiap minggu kepada penduduk dari kumpulan B40.

“Saya ingin mengingatkan dalam proses pengagihan, jangan lupa perlu kekal mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan demi menjaga diri kita dari dijangkiti Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial sebentar tadi.

Bersempena sambutan itu, beliau turut melancarkan Program 5MY yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Terdapat lima inisiatif antara lain [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] dan [email protected].

Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin.