8 sekeluarga lemas, kenderaan jatuh sungai [METROTV]

Betong: Lapan dipercayai sekeluarga lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar berhampiran Jeti Feri Triso, Beladin di sini, hari ini.

Difahamkan, semua lapan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit sebelum dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah tidak sedarkan diri.

PETIKAN video menunjukkan orang awam berusaha mengeluarkan lapan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.
PETIKAN video menunjukkan orang awam berusaha mengeluarkan lapan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 3.14 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok serta BBP Simunjan dikejarkan ke lokasi yang terletak lebih 60 kilometer dari balai.

Beliau berkata, laporan penuh kejadian itu masih belum diperolehi.

TANGKAP layar video menunjukkan mangsa yang maut terperangkap di dalam pikap yang terjunam ke dalam sungai di jeti feri Triso, Beladin di Betong. FOTO Ihsan Pembaca
TANGKAP layar video menunjukkan mangsa yang maut terperangkap di dalam pikap yang terjunam ke dalam sungai di jeti feri Triso, Beladin di Betong. FOTO Ihsan Pembaca