9 SOP perlu dipatuhi pada 4 Mei ini

KEPUTUSAN kerajaan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Isnin ini menjadi berita gembira kepada rakyat Malaysia selepas hampir dua bulan ‘terkurung’ di rumah.

PKPB membolehkan operasi beberapa sektor ekonomi dibuka semula bermula 4 Mei dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Telegram rasminya menyenaraikan sembilan SOP yang perlu dipatuhi semua pihak terbabit termasuk orang ramai.

1. Amalan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitiser.

3. Penggunaan penutup hidung dan mulut.

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis

5. Keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU.

6. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial.

8. Menggalakkan transaksi secara atas talian.

9. Melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan