Abd Jalil Ali meninggal dunia

PENASIHAT Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali meninggal dunia pagi ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub mengesahkan perkara itu melalui ciapan Twitter beliau pada 7.08 pag ini.

Hussamuddin turut memaklumkan bahawa jenazah Abd Jalil akan dibawa ke rumahnya di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Sementara itu melalui paparan di Facebook milik Haikal Jalil mengesahkan bahawa bapanya meninggal dunia 6.32 pagi ini.

Abd Jalil juga adalah Profesor Adjung di Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

Selain menjadi kolumnis di Sinar Harian, beliau adalah penulis buku terbitan anak syarikat Karangkraf.