Angka korban COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 864 kes

Dalam tempoh tersebut jumlah kes baharu positif COVID-19 adalah 349 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,587 kes. – Gambar fail/BERNAMA

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 19 kematian akibat virus COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 864 kes dengan separuh daripadanya berlaku di Jakarta.

Menurut jurucakap kerajaan Indonesia mengenai COVID-19, Achmad Yurianto, dalam tempoh tersebut jumlah kes baharu positif COVID-19 adalah 349 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 11,587 kes manakala 24,020 orang disenaraikan sebagai pesakit dalam pengawasan.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 408 kes, diikuti Jawa Timur (117), Jawa Tengah (86) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA