Angka korban COVID-19 di seluruh dunia meningkat melebihi 246,000

Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam. -Reuters

ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 246,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatatkan lebih 20,000 kes maut manakala selebihnya merekodkan angka kematian bawah 8,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 67,000 kematian.

Negara kedua paling teruk mencatat angka kematian ialah Itali yang menghampiri 29,000 kes.

Angka kematian di United Kingdom (UK) meningkat mendadak dan semakin menghampiri kes dicatatkan itali dengan 28,000 kes.

Manakala Perancis dan Sepanyol negara keempat dan kelima paling teruk dengan angka korban masing-masing 25,000 dan 24,000 kes.