Arab Saudi sumbang dana AS$500 juta untuk kajian COVID-19

Tawf Al Alrabiah meminta semua anggota PBB menunjukkan solidariti. – Gambar Twitter

RIYADH: Arab Saudi berikrar menyumbang dana sebanyak AS$500 juta untuk kajian COVID-19.

Komitmen itu dibuat ketika mesyuarat khas membincangkan isu dana COVID-19.

BACA: Pemimpin dunia ikrar sumbang AS$8 bilion untuk rawatan, vaksin COVID-19

BACA: WHO sambut baik solidariti pemimpin dunia sumbang dana

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al Alrabiah, dalam pada itu, turut meminta semua anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan solidariti.

“Dunia mengalami kehilangan kesan daripada pandemik ini, tetapi ia berjaya membangkitkan komitmen kemanusiaan dan ia membuktikan menerusi solidariti ini kita boleh membendung pandemik ini bersama-sama,” katanya.

Arab Saudi setakat ini mencatat sejumlah 28,656 kes positif COVID-19.

Kadar kematian pula adalah 191 kes.