Argentina lanjut Perintah Berkurung hingga 26 April

Setakat ini, Argentina mencatatkan hampir 2,000 kes positif, dengan 82 kematian akibat COVID-19. – Gambar AP

BUENOS AIRES: Kerajaan Argentina mengumumkan melanjutkan Perintah Berkurung di negara itu sehingga 26 April ini.

Presidennya, Alberto Fernández berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengaktifkan semula kerja-kerja awam untuk membantu memulihkan ekonomi negara.

Perintah Berkurung yang berkuat-kuasa pada 23 Mac lalu sepatutnya berakhir pada 13 April ini.

Dalam pada itu, Fernández berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan orang kelainan upaya keluar dengan ditemani ahli keluarga sepanjang tempoh tersebut.

Melalui pelaksanaan Perintah Berkurung, operasi di pusat-pusat bandar diperketatkan  dengan hanya beberapa perkhidmatan sahaja dibenarkan dibuka termasuk kedai servis kenderaan.

Setakat ini, Argentina mencatatkan hampir 2,000 kes positif, dengan 82 kematian akibat COVID-19.