Astaghfirullahalazim…

MAYAT bayi perempuan baru dilahirkan ditemui dalam beg plastik di tepi jalan di Bukit Dinding, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 9.40 pagi itu, lelaki yang melalui jalan itu terlihat pasangan meninggalkan beg plastik itu di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dia yang berasa curiga kemudian memeriksa kandungan di dalam beg plastik itu.

Menurutnya, saksi kejadian itu kemudian mendapati terdapat mayat bayi yang cukup sifat dipercayai baru dilahirkan.

“Dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu.

“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rajab berkata, saksi juga gagal mengecam nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya.