Bahan uji Covid-19 hanya mampu bertahan seminggu [METROTV]

KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan ‘reagen’ atau bahan uji untuk mengesan Covid-19 dengan menggunakan kaedah Conventional RT-PCR hanya mampu bertahan seminggu.

Menurutnya, pihaknya sudah meminta pembekal mendapatkan ‘reagen’ berkenaan dalam masa terdekat.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan bekalan berkenaan.

“Minggu lepas kami kekurangan reagen, jadi pembekal yang kami kenal pasti ada tiga syarikat tapi hanya mampu membekalkan reagen itu sebanyak 40 peratus daripada keperluan KKM.

“Jadi bila kami ada kekangan reagen, pembekal masing-masing mencari sama ada terdapat bekalan di Singapura atau tidak dan pihak Jabatan Kesihatan Sabah pun sedang berusaha mendapatkan reagen itu,” katanya.

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Katanya, beliau berharap bekalan tersebut akan diperoleh segera.

“KKM juga sedang mengoptimumkan penggunaan satu reagen dalam setiap lima sampel kes Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19