Batman bantu cegah Covid-19

MEXICO CITY: Tindakan lelaki yang memakai kostum lengkap Batman di bandar raya ini, dan menyeru orang ramai supaya terus ditinggal di rumah wajar dipuji.

Sambil memandu kereta Batmobile, Batman ini meronda di bandar raya itu supaya orang ramai terus tinggal di rumah bagi menghalang penularan pandemik Covid-19.

Oddity Central melaporkan, lelaki tidak dikenali itu membelanjakan sejumlah wang dan memakai sut lengkap Batman untuk mengawal jalan utama di bandar itu, selain menggalakkan orang ramai melakukan penjarakan sosial.

“Hei awak! Tinggal di rumah, kurangkan keluar dan bersama-sama kita menjadi wira melawan virus ini,” katanya menerusi rakaman awal yang dipasang di keretanya.

Tidak jelas adakah pihak berkuasa Monterrey merasakan tindakan dilakukan Batman itu membantu mereka atau sebaliknya, namun mereka hanya membiarkan saja lelaki itu melakukan tanggungjawabnya.

Dia juga ditemubual pelbagai saluran berita tempatan dan mengakui tindakannya itu demi membantu pihak berkuasa menangani tindakan rakyat di ibu kota yang berterusan keluar dan enggan mematuhi perintah berkurung.

“Saya menyeru kepada semua supaya beri kerjasama kepada kerajaan, saya sendiri tidak dapat mengatasi keadaan ini (menghapus virus) tetapi sertai kami sebagai wira untuk kekal tinggal di rumah.

“Saya faham keadaan itu rumit, adalah lebih baik menonton televisyen, menghabiskan masa bersama keluarga anda dengan mengambil kesempatan ini.

“Hari ini saya melihat seluruh keluarga, dengan anak-anak. Walaupun kerajaan memberitahu orang ramai supaya kekal di rumah, tetapi masih ada orang berada atas jalan seolah-olah tiada apa berlaku,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19