Batman Vietnam

Hanoi: Obses terhadap kehebatan karakter Batman mendorong seorang penuntut kolej di Vietnam menghasilkan sendiri kenderaan digunakan dalam filem adiwira itu.

Oddity Central melaporkan, Nguyen Dac Chung 23, merealisasikan impiannya memiliki Batmobile Tumbler, kenderaan Batman dalam The Dark Knight dengan mereka bentuknya sendiri bermula tahun lalu.

Penuntut seni bina dari Hanoi itu menghabiskan 10 bulan serta menggunakan lebih AS$21,700 (RM89,707) wangnya sendiri untuk membikin projek itu.

Kenderaan itu dikuasakan dengan empat silinder, enjin 400cc dan mampu mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer sejam.

Pemuda itu mengakui masih perlu bekerja keras untuk reka bentuk dalaman kenderaan itu terutama bahagian lampu.

Katanya, dia menggunakan komponen dan bahan material dari Vietnam termasuk yang diimport dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan dalam penghasilan itu.

Tayarnya saja, hanya boleh didapati dari luar negara.

Kini, penat lelah pemuda itu membuahkan hasil apabila projek berkenaan hampir 90 peratus siap hingga meraih perhatian di sekitar Hanoi dan mendapat liputan meluas media tempatan.

Da chung juga adalah seorang usahawan yang mengendalikan sendiri syarikat produksi cosplay.

Ia memberikan kelebihan kepadanya untuk menggunakan wang sendiri bagi menghasilkan projek Tumbler itu.