Britain sasar 100,000 ujian COVID-19 sehari menjelang akhir bulan ini

RAAB: Britain sasar 100,000 ujian covid-19 sehari menjelang akhir bulan ini. -Gambar fail

LONDON: Kerajaan Britain menyasarkan 100,000 ujian saringan COVID-19 setiap hari menjelang akhir bulan ini.

Setiausaha Luar Dominic Raab mengesahkan perkara itu di sebalik kebimbangan ujian antibodi tidak dapat disiapkan mengikut jadual.

Raab kini mengambil alih beberapa tugas perdana menteri selepas Boris Johnson masih dirawat di hospital berikutan jangkitan COVID-19.

Sementara itu, penasihat saintifik United Kingdom (UK), Patrick Vallance berkata ia akan mengambil masa seminggu lagi untuk memberi gambaran yang tepat adakah langkah penjarakan sosial menurunkan kes positif di UK.

Beliau berkata angka kes positif COVID-19 boleh bergerak ke arah yang betul, tetapi menegaskan data jangka panjang diperlukan.

Namun, beliau percaya, negara itu akan mula melihat perubahan dari segi penurunan kes positif.