Cari penyakit…

CUBAAN seorang pemandu melarikan diri daripada sekatan jalan raya serta hampir merempuh anggota polis, tidak kesampaian apabila berjaya ditahan seorang pegawai kanan polis yang kebetulan memandu kenderaan di belakang kereta lelaki itu

Dalam kejadian 6.30 petang hari ini, lelaki berusia 36 tahun itu memandu kereta Perodua Myvi memasuki lorong yang dikhususkan untuk petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Besi arah selatan, Kuala Lumpur.

Melihat kepada cara pemanduan yang mencurigakan itu, polis mengarahkan pemandu itu berhenti, namun tidak diendahkan malah terus memecut laju di laluan yang sama.

Seorang pegawai kanan polis, Inspektor Engku Nurul ‘Aini Engku Malek yang bertugas di Perhubungan Antarabangsa Urusetia KPN Bukit Aman yang kebetulan dalam perjalanan pulang dan berada di belakang kenderaan suspek terus mengejar sebelum berjaya menghentikan kenderaan itu kira-kira 300 meter.

Engku Nurul ‘Aini berjaya menahan kenderaan berkenaan sebelum dibantu pegawai dan anggota di sekatan jalan raya untuk menangkap suspek.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, polis menemui tiga tin minuman keras yang mana satu daripadanya sudah dibuka dan nafasnya turut berbau alkohol dan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan