COVID-19: 1.95 juta dijangkiti, hampir 126,000 korban di seluruh dunia

Jumlah kes positif COVID-19 semakin menghampiri angka 2 juta dengan 1.95 juta kes dicatat setakat pagi hari ini.

JUMLAH kes positif COVID-19 semakin menghampiri angka 2 juta dengan 1.95 juta kes dicatat setakat pagi hari ini.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, lima negara mencatat kes positif melebihi angka 100,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas akibat pandemik itu apabila merekodkan hampir 600,000 kes.

Di New York sahaja, kes kematian telah melebihi angka 10,000.

Secara per kapita, lebih ramai yang meninggal dunia akibat COVID-19 di New York berbanding Itali.

Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 170,000 dan 160,000 kes secara keseluruhan.

Sementara itu, Perancis dan Jerman turut merekodkan 131,000 kes positif diikuti dengan United Kingdom (UK) 94,000 kes.