Covid-19: 182 kes baharu hari ini

Kuala Lumpur: Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini merekodkan lonjakan sebanyak 182 kes.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 9,810 jangkitan wabak itu dalam negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Twitter rasmi menyatakan sebahagian besar kes membabitkan Kluster Benteng di Sabah iaitu sebanyak 167 kes dan Kluster Sungai serta Telaga di Kedah (14 kes).

Satu kes import turut dilaporkan di Selangor membabitkan warga Filipina.

Bagaimanapun tiada kematian baharu dilaporkan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19