Covid-19: 69 kes baharu, paling rendah sejak 14 Mac

DUA kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 86 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 69 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan 5,251 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 51 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 201 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 2,967 pesakit atau 56.6 peratus telah sembuh dan discaj hospital. Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 2,198 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Berikut carta terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

LAPORAN terperinci dua kematian akibat Covid-19 hari ini. INFOGRAFIK Ihsan KKM
LAPORAN terperinci dua kematian akibat Covid-19 hari ini. INFOGRAFIK Ihsan KKM

  • Lagi berita berkaitan Covid-19