COVID-19: Afrika Selatan umum AS$26.5 bilion pakej sokongan sosial, ekonomi

Ramaphosa berkata, 20 bilionRand akan diberikan kepada sektor kesihatan. – Gambar facebook@Cyril Ramaphosa

PRESIDEN Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa pada Selasa mengumumkan pakej sokongan sosial dan ekonomi berskala besar untuk membantu masyarakat dan perniagaan ketika dilanda COVID-19.

Pakej itu bernilai 500 bilion Rand Afrika Selatan AS$26.5 bilion iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Ramaphosa berkata, 20 bilion Rand akan diberikan kepada sektor kesihatan.

Selain itu, pakej tersebut juga akan diberikan kepada syarikat-syarikat dan pekerja untuk meminimumkan kesan krisis COVID-19 terhadap mereka terutama membabitkan masalah bekalan makanan dan kesukaran lain. 

Sebilangan dana datang daripada pengalihan semula dana kerajaan sedia ada namun majoriti besarnya diperoleh daripada sumber tempatan dan institusi kewangan global.

Afrika Selatan setakat ini merekodkan 3,465 kes positif dan 58 kematian akibat COVID-19.