COVID-19: Anggota tentera Korea Selatan dibenar buat panggilan video bersama keluarga

Memetik laporan The Korea Herald, anggota tentara sebelum ini tidak dibenarkan ke luar negara, becuti, dan bertemu dengan orang ramai sejak Februarlu lalu ketika negara itu menyaksikan peningkatan jumlag kes. Foto: AP

KEMENTERIAN Pertahanan Korea Selatan memberi kebenaran kepada semua anggota perkhidmatan membuat panggilan video bersama keluarga dan rakan-rakan buat sementara waktu.

Langkah itu diambil sebagai usaha untuk membantu mereka mengurangkan tekanan dalam cabaran memerangi COVID-19.

Memetik laporan The Korea Herald, anggota tentara sebelum ini tidak dibenarkan ke luar negara, becuti, dan bertemu dengan orang ramai sejak Februar lalu lalu ketika negara itu menyaksikan peningkatan jumlah kes.

Bagaimanapun, sejak Rabu lalu, anggota perkhidmatan dibenarkan membuat panggilan video selepas bekerja atau pada hujung minggu di tempat yang ditetapkan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan turut memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

"Kebenaran berkomunikasi bersama orang tersayang itu adalah salah satu cara yang kami lakukan untuk membantu anggota tentera untuk mengatasi tekanan akibat COVID-19 ini.

"Dengan cara ini, kami berharap ia dapat membantu pihak berkuasa untuk mengurus anggota tentera mereka dalam langkah memerangi wabak ini untuk jangka masa yang lebih lama," jelasnya.

BACA: Ini langkah baharu Korea Selatan perangi COVID-19

Selain itu, Angkatan Tentera Laut turut mengadakan pertandingan sukan dan e-sukan dengan lebih kerap daripada sebelum ini dalam kalangan anggotanya dan penambahan perkhidmatan kaunseling.

Bagi Pusat Latihan Pendidikan Angkatan Tentera Udara, mereka mengedarkan makanan tengahari dari luar setiap minggu.

Makanan yang dipesan dari restoran luar itu bagi membolehkan anggota tentera merasai pengalaman luar walaupun tidak dibenarkan keluar dari pangkalan mereka selain membantu golongan perniaga yang terjejas akibat COVID-19.

BACA: KKM harap kit ujian pantas dari Korea Selatan bersesuaian untuk digunapakai

Setakat Isnin, jumlah kes positif dalam kalangan anggota tentera kekal 39 kes dengan kes terakhir dilaporkan pada 25 Mac lalu.

Bagi jumlah kumulatif di republik itu, 10,531 kes direkodkan dengan 25 kes baharu dilaporkan pada Isnin dengan jumlah 217 kes kematian.