COVID-19: Angka kematian hampiri 100,000 di seluruh dunia

Jumlah kematian akibat COVID-19 kini menghampiri angka 100,000 kes.

Jumlah kematian akibat COVID-19 kini menghampiri angka 100,000 kes.

Setakat pagi ini, sejumlah 95,601 kes dilaporkan di seluruh dunia.

Empat negara mencatatkan angka kematian melebihi 10,000 dengan Amerika Syarikat (AS) berada di belakang Itali dengan mencatatkan 16,607 kematian.

Itali kekal negara paling banyak mencatatkan kes kematian dengan 18,279 kes.

Sepanyol berada di kedudukan ketiga dengan mencatatkan 15,447 kes kematian.

Perancis dan United Kingdom (UK) pula masing-masing mencatatkan 12,210 dan 7,978 kematian.

Bagaimanapun masih terdapat harapan dalam krisis kesihatan dunia ini apabila jumlah pesakit yang sembuh kini melebihi angka 350,000.