COVID-19: Angka kematian seluruh dunia 778,000

Seorang pekerja menggali kubur untuk pesakit COVID-19 di tanah perkuburan Flores di Buenos Aires, Argentina, 13 Ogos, 2020. REUTERS

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 3,000 kes dalam tempoh 24 jam, setakat awal pagi Rabu.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat wabak itu kini sebanyak 778,557 kes.

Amerika Syarikat terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 171,687 kes, diikuti Brazil dengan 109,888 korban.

Mexico dan India pula merekodkan angka kematian COVID-19 melebihi 50,000 dengan masing-masing 57,023 kes dan 51,797 kes.

United Kingdom negara keempat paling teruk di dunia dengan 41,466 angka korban.

Negara yang merekodkan jumlah kematian melebihi 30,000 adalah Itali dan Perancis dengan masing-masing 35,405 kes dan 30,434 kes.

Sementara Sepanyol dan Peru pula merekodkan angka kematian melebihi 20,000 dengan masing-masing 28,670 dan 26,481 kes.

Negara lain masih merekodkan angka kematian di bawah 20,000 kes.