COVID-19: Angka kematian seluruh dunia cecah 164,000

Setakat ini tiga negara mempunyai angka kematian melebihi 20,000 manakala dua lagi melebihi 10,000. – REUTERS/Fail

ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan lebih 7,000 lagi kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Johns Hopkins University, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian melebihi 164,000.

Setakat ini, tiga negara mempunyai angka kematian melebihi 20,000 manakala dua lagi melebihi 10,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan angka kematian melepasi 40,000.

Ini diikuti dengan Itali yang mempunyai angka korban sebanyak 23,000.

Sepanyol pula dengan lebih 20,000 kematian.

Manakala Perancis dan United Kingdom masing-masing mencatatkan 19,000 dan 16,000 kes.

Kebanyakan negara Eropah yang terjejas teruk akibat COVID-19 mencatatkan angka kematian yang semakin menurun sejak seminggu lalu.