COVID-19: Angka korban di seluruh dunia melepasi 772,000 kes

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail

JUMLAH korban akibat COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan angka kematian global meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini melepasi 772,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 169,000 kes kematian.

Ini diikuti Brazil dengan 107,000 kematian dan Mexico dengan 55,000 kematian.

India dan United Kingdom (UK) masing-masing melepasi angka 46,000 kematian.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 dan 30,000 kes.

Dua negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 ialah Sepanyol dengan 28,000 dan Peru dengan 25,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.