COVID-19: Angka korban seluruh dunia hampiri 300,000

Menurut statistik Johns Hopkins University, lima negara mencatat lebih 20,000 kes kematian. -Reuters

ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 3,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 249,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes kematian.

Amerika Syarikat (AS) mencatat rekod kematian tertinggi, merekodkan kematian menghampiri angka 70,000 kes setakat Selasa.

Negara kedua paling teruk mencatat angka kematian ialah Itali yang menghampiri 30,000 kes kematian.

Ini diikuti dengan United Kingdom (UK) dengan 28,734 kes.

Perancis dan Sepanyol merupakan negara keempat dan kelima paling teruk dengan angka korban masing-masing 25,264 dan 24,864 kes.