COVID-19: Angka korban seluruh dunia kini 242,000

AS kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 66,000 kematian. – REUTERS

ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 242 ribu kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut manakala selebihnya merekodkan angka kematian di bawah 8,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 66,000 kematian.

Negara kedua dan ketiga paling teruk mencatat angka kematian yang tinggi ialah Itali dan United Kingdom dengan masing-masing mencatat 28,000 kes.

Manakala Perancis dan Sepanyol menjadi negara keempat dan kelima paling teruk dengan angka korban masing-masing 24,000 kes.