COVID-19: Angka korban seluruh dunia lebih 710,000 kes

Angka kematian global akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail

ANGKA kematian global akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kes kematian di seluruh dunia setakat ini sebanyak 710,000.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan catatkan angka lebih 159,000 kematian.

Ini diikuti Brazil dengan jumlah kematian direkodkan lebih 97,000 kes.

United Kingdom dan Mexico masing-masing merekodkan hampir 50,000 kes.

Sementara itu, India mencatatkan angka korban lebih 40,000 kes manakala Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan jumlah kematian sebanyak 35,187 kes dan 30,305 kes.

Negara terakhir merekodkan angka kematian melebihi 20,000 ialah Sepanyol dengan lebih 28,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.