COVID-19: Angka korban seluruh dunia terus meningkat melebihi 255,000

AS kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 70,000 kematian. – Gambar fail

ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi  255,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 70,000 kematian.

United Kingdom telah mengatasi Itali sebagai negara kedua mencatatkan kematian tertinggi dengan menghampiri 30,000 kes.

Itali merekodkan lebih 29,000, manakala Sepanyol dan Perancis masing-masing dengan 25,000 dan 19,000 kematian.