COVID-19: Angka korban seluruh dunia terus meningkat melebihi 267,000

AS kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 75,000 kematian. – REUTERS/Bruno Kelly

ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 6,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 267,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, dua negara kini melepasi angka 30,000 manakala tiga lagi melepasi 20,000 kes korban.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 75,000 kematian.

United Kingdom hari ini melepasi angka 30,000 dengan keseluruhan 30,689.

Negara di kedudukan ketiga dan keempat adalah Itali dan Sepanyol dengan masing-masing mencatatkan 29,958 dan 25,857.

Seterusnya negara kelima adalah Perancis dengan jumlah 25,813 kes kematian.

Negara lain masih mempunyai angka kematian di bawah 9,000 kes.