COVID-19: Dua lagi asrama di Singapura dikuarantin

Terdahulu, dua asrama di S11 Dormitory di Punggol dan Westlife Toh Guan Dormitory yang menempat 19,800 pekerja turut diletakkan dalam kawasan kuarantin.

SINGAPURA: DUA lagi asrama di Singapura diwartakan sebagai kawasan yang dikuarantin berkuat kuasa tengah malam Sabtu bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.

Menurut notis Kementerian Kesihatan republik itu, asrama tersebut – Acacia Lodge dan Cochrane Lodge 1 diisytiharkan sebagai kawasan pengasingan selaras dengan Akta Penyakit Berjangkit.

Premis yang dikuarantin di Acacia Lodge masing-masing membabitkan enam bangunan di Bukit Batok Jalan 23.

Sementara, premis yang dikuarantin di Cochrane Lodge 1 membabitkan Blok A hingga F di  Admiralty Road West.

Setakat Sabtu, terdapat tujuh kes positif baharu COVID-19 direkodkan membabitkan kluster Cochrane Lodge I, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif positif sebanyak 22 kes.

Terdahulu, dua asrama di S11 Dormitory di Punggol dan Westlife Toh Guan Dormitory yang menempat 19,800  pekerja turut diletakkan dalam kawasan kuarantin.