COVID-19: Gunung Everest dibuka semula walaupun kes meningkat

Negara Himalaya itu menutup sempadannya pada Mac, menyebabkan kerugian dari segi pekerjaan dan pendapatan jutaan dolar. (Gambar Fail AFP)

NEPAL membuka semula kawasan pergunungannya termasuk Everest bagi pendakian pada musim luruh dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan yang terjejas biarpun kes COVID-19 masih tidak menentu.

Negara Himalaya itu menutup sempadannya pada Mac, menyebabkan kerugian dari segi pekerjaan dan pendapatan jutaan dolar.

Jurucakap Jabatan Pelancongan memaklumkan, sekatan di seluruh negara dihapuskan minggu lalu.

Nepal kini dibuka untuk aktiviti pelancongan termasuk pendakian gunung biarpun 1,000 kes jangkitan baharu dilaporkan minggu ini dengan jumlah keseluruhan 19,547 kes.

Malah, kerajaan juga akan memberi permit penerbangan antarabangsa untuk ke negara itu bermula 17 Ogos ini.

Pegawai kini bertungkus lumus dalam penyediaan protokol keselamatan termasuk berapa lama pelancong perlu dikuarantin ketika ketibaan.