COVID-19: Itali longgarkan sekatan bermula 4 Mei

Giuseppe Conte memaklumkan sekatan akan mula dilonggarkan pada 4 Mei depan. – AP

ROM: Itali menggariskan pelan untuk melonggarkan sekatan yang dilaksana sejak tujuh minggu lalu bagi membendung penularan COVID-19.

Perdana menterinya, Giuseppe Conte memaklumkan sekatan akan mula dilonggarkan pada 4 Mei depan.

Pengumuman itu dibuat ketika Itali merekodkan 333 kematian akibat COVID-19.

Ia menjadikan kes kematian di Itali kepada lebih 26,000 iaitu yang tertinggi direkodkan di Eropah.

Di bawah peraturan baharu, rakyat dibenarkan melawat keluarga tetapi di dalam jumlah yang kecil.

Taman awam, kilang dan tapak pembinaan juga akan dibuka semula.

Sekolah bagaimanapun kekal ditutup sehingga September.

Selain Itali, Switzerland dan Sepanyol turut mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan.