COVID-19: Kes jangkitan melepasi angka 2.3 juta

Sejumlah 2,300,874 kes positif direkodkan di seluruh dunia dengan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 726,645 kes dan 38,664 kematian.

ANGKA koronavirus di seluruh dunia melepasi angka 2.3 juta pagi ini.

Menurut data daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS), jumlah kematian mencapai 159,510 manakala jumlah sembuh mencapai 592,319.

Sejumlah 2,300,874 kes positif direkodkan di seluruh dunia dengan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 726,645 kes dan 38,664 kematian.

Itali pula mencatatkan angka kematian kedua tertinggi dengan 23,227, manakala Sepanyol dengan kes kedua tertinggi sebanyak 191,726.

China melaporkan sejumlah 4,636 kematian dan lebih 83,787 kes positif.

Virus SARS-CoV-2 punca penyakit COVID-19 ini telah merebak di 185 negara sejak ia mula dikesan di China pada Disember tahun lalu.