COVID-19: Kes kematian seluruh dunia mencecah 226,000

Lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut dalam tempoh 24 jam. – Gambar fail

ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 10,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 226,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 60,000 kematian.

Negara kedua paling teruk merekodkan angka kematian yang tinggi ialah Itali dengan 27,682 kes.

Sementara itu, United Kingdom dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 26,097 kes dan 24,275.

Perancis pula mempunyai 24,087 kes maut akibat COVID-19.