COVID-19: Kes positif cecah 3.4 juta di seluruh dunia

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh di seluruh dunia kini mencapai 1.07 juta. – Gambar Astro AWANI

KES positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi angka 3.4 juta dengan pertambahan 80,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan lapan negara mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan keseluruhan 1.12 juta kes.

Sepanyol dan Itali masing-masing melepasi angka 200,000 kes jangkitan dengan keseluruhan 213,000 dan 209,000 kes.

Sementara United Kingdom dan Perancis menjadi negara keempat dan kelima mempunyai kes jangkitan antara tertinggi dengan 183,000 dan 167,000 kes.

Dalam pada itu, Jerman dan Turki pula masing-masing merekodkan kes positif 164,000 dan 124,000 kes.

Rusia menjadi negara terakhir dengan angka jangkitan melepasi 100,000 yang mana secara keseluruhannya 124,000 kes.

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh di seluruh dunia kini mencapai 1.07 juta.

Wabak itu kini menular di 187 buah negara.