COVID-19: Kes positif global cecah 19.2 juta

Pekerja menyembur pembasmi kuman di atas jalan bagi mengekang penularan COVID-19 di Damsyik, Syria, 3 Ogos, 2020. (Foto AP)

ANGKA jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 19,266,406 kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4,928,802 kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2,962,442 dan India, 2,027,074 kes.

Rusia dan Afrika Selatan melepasi angka jangkitan setengah juta dengan masing-masing merekodkan 875,378 kes dan 545,476 kes.

Tujuh negara –  Mexico, Peru, Chile, Iran, Columbia, United Kingdom dan Sepanyol pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sementara itu, lapan lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 iaitu Arab Saudi, Pakistan, Itali, Bangladesh, Turki, Perancis, Jerman dan Argentina.