COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 22.5 juta

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.56 juta kes jangkitan. – REUTERS

LEBIH 200,000 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia sekali gus menjadikan kes kumulatif global mencecah 22.5 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5.56 juta kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 3.4 juta kes manakala India merekodkan 2.8 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula menghampiri angka satu juta.

Sementara itu, Afrika Selatan (596,060), Peru (558,420), Mexico (537,031) dan Columbia (502,178) melepasi angka setengah juta kes.

Afrika Selatan, Peru, Mexico dan Columbia melepasi angka setengah juta kes dengan masing-masing merekodkan 596,060 kes, 558,420 kes, 537,031 kes dan 502,178 kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 pula adalah Chile (391,849), Sepanyol (377,906), Iran (352,558), United Kingdom (324,196), Argentina (312,659), dan Arab Saudi (303,973).

Sementara itu, enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Pakistan (290,958), Bangladesh (287,959), Perancis (256,534), Itali (256,118), Turki (254,520) dan Jerman (231,292).

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Iraq (192,797), Filipina (178,022), Indonesia (147,211), Kanada (125,591), Qatar (116,224), Ecuador (105,508), Bolivia (105,050) Kazakstan (103,815), dan Ukraine (100,810).

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes termasuk Malaysia.