COVID-19: Kes positif seluruh dunia cecah 22 juta

Negara paling teruk terjejas setakat ini ialah Amerika Syarikat, Brazil dan India.

LEBIH 200,000 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia menjadikan jumlah kumulatif global mencecah 22 juta kes pagi ini.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, angka terkini kes positif COVID-19 di seluruh dunia adalah 22,046,135.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 5,479,788 kes jangkitan.

Ini diikuti Brazil dengan 3,407,354 kes dan India 2,702,742 kes.

Sementara itu, jangkitan COVID-19 di Rusia pula menghampiri angka 1 juta dengan keseluruhan 930,276 kes.

Afrika Selatan, Peru, Mexico melepasi angka setengah juta dengan masing-masing merekodkan 592,144 kes, 541,493 kes dan 525,733 kes.

Negara yang melepasi angka 300,000 pula adalah Colombia (476,660) , Chile (388,855) , Iran (347,835), Sepanyol (364,196), United Kingdom (322,160) dan Arab Saudi (301,323).

Sementara itu,  tujuh lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Argentina (299,126), Pakistan (289,832), Bangladesh (282,344), Perancis (256,534), Itali 254,636), Turki (251,805) dan Jerman (228,120).

Negara yang merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000 pula adalah Iraq (184,709), Filipina (169,213), Indonesia (143,043), Kanada (124,969), Qatar (115,661), Kazakhstan (103,300), Ecuador (102,941) dan Bolivia (101,223).

Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes termasuk Malaysia.