Covid-19: Kluster baru di Lanchang

SATU kluster baharu iaitu membabitkan pelajar tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan enam individu disahkan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun madrasah berkenaan sudah ditutup tetapi pihaknya mengesan masih ada pelajar dan kakitangan yang masih tinggal di situ.

“Bagi pelajar tahfiz kita, setakat ini KKM dah saring 50 peratus daripada pelajar, guru dan kakitangan tahfiz seluruh negara dan kadar positif adalah 4.7 peratus.

“Di Lanchang, kita kesan ada tahfiz baharu dan enam daripada mereka disahkan positif, kita akan lihat sama ada dicadangkan untuk dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu atau hanya perlu tahfiz itu saja.

“Seperti kita laksanakan di Madrasah Sungai Lui, kita akan laksanakan PKPD dan saring semua pelajar, kakitangan dan guru sebelum dibenarkan bebas,” katanya.

Menurutnya, bagi enam individu positif berkenaan, KKM akan mengesan kontak rapat mereka untuk dikuarantin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19