Covid-19: Kluster Maju pula dikesan di Kuala Lumpur

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Kuala Lumpur iaitu Kluster Maju.

KKM dalam Twitter rasminya berkata, terdapat sembilan kes baharu direkodkan hari ini.

“Di Kuala Lumpur terdapat satu kes warga negara membabitkan Kluster Maju. Selain itu, terdapat dua kes import bukan warga negara yang tiba dari luar negara.

“Di Selangor pula terdapat dua kes import membabitkan bukan warga negara yang tiba dari luar negara,” katanya.

Menurutnya, terdapat satu kes baharu dikesan di Sarawak membabitkan bukan warga negara yang menjalani saringan sebelum pulang ke negara asal.

“Selain itu, tiga kes baharu membabitkan Kluster Tawar di Kedah dikesan hari ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19