COVID-19: Penularan pandemik tidak gusarkan rakyat AS

Rakyat AS meluangkan hujung minggu dengan bersantai di taman rekreasi dan pantai tanpa mengamalkan penjarakan sosial. – REUTERS/Mike Blake

KENAIKAN angka kematian dan kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) tidak merisaukan rakyat negara itu.

Malah, mereka bagaikan tidak endah mengenai penularan pandemik itu, sebaliknya meluangkan hujung minggu dengan bersantai di taman rekreasi dan pantai tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

BACA: Jumlah kematian, kes positif di AS terus meningkat

Di New York, taman-taman rekreasi dan pantainya dipenuhi dengan orang ramai.

Cuaca musim bunga yang indah pada Sabtu dimanfaatkan sepenuhnya rakyat AS untuk berjemur di bawah sinar matahari setelah berminggu-minggu berkurung di rumah.

Kawasan-kawasan taman rekreasi dan pantai dipenuhi dengan pengunjung yang bersantai dan beriadah.

Namun, hanya segelintir sahaja pengunjung memakai topeng muka.

Dalam pada itu, menurut Datuk Bandar New York, Andrew Cuomo, penduduk bandar itu perlu keluar untuk menikmati cuaca musim bunga.