COVID-19: Perancis tamat perintah sekatan secara berperingkat mulai Isnin

Edouard Philippe membentangkan fakta berkaitan keputusan menamatkan sekatan pergerakan secara berperingkat bermula 11 Mei, di Hotel Matignon, Paris, 7 Mei, 2020. REUTERS

PERANCIS mengumumkan akan melonggarkan sekatan pergerakan bermula 11 Mei ini selepas pelaksanaan selama hampir dua bulan.

Keputusan ini dibuat ketika virus COVID-19 masih menular di empat daerah, termasuk di Paris, dan bilangan kematian setakat ini mencecah 26,000 kes.

Penamatan perintah kawalan ini bagaimanapun dilaksanakan secara berperingkat selama beberapa minggu.

Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe menegaskan, kerajaan terpaksa merangka pendekatan serampang dua mata.

Pertama, bagi memulakan semula ekonomi dan pada masa sama mengawal gelombang kedua jangkitan virus.

“Presiden republik ini telah mengesahkannya, berdasarkan keputusan sanitasi dalam tempoh beberapa hari ini, penamatan sekatan secara berperingkat akan bermula Isnin, 11 Mei ini.

"Ini langkah terbaharu dalam perjuangan memerangi pandemik COVID-19. Ia berita baik untuk rakyat Perancis,” katanya pada Khamis.

BACA: Kilang kereta di Perancis mula dibuka, wujudkan normal baharu

BACA: COVID-19: Perancis umum penutupan kemudahan tidak kritikal

Perintah sekatan bagaimanapun kekal di beberapa daerah di timur laut.

Premis perniagaan dan sekolah juga akan dibenarkan beroperasi semula.

BACA: COVID-19: Perancis cadang lanjut sekatan dua bulan lagi

BACA: COVID-19: Perancis lanjutkan langkah kecemasan hingga 11 Mei 

Perancis adalah negara yang mencatat angka kematian tertinggi akibat koronavirus di Eropah. 

Bagaimanapun, kes jangkitan dilaporkan semakin menurun.