COVID-19 ragut lebih 728,000 nyawa

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan angka kematian di seluruh dunia meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail

ANGKA korban akibat pandemik COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan angka kematian di seluruh dunia meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif korban global kini mencecah lebih 728,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 162,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 100,000 kematian.

Mexico dan United Kingdom (UK) masing-masing merekodkan 52,000 dan 46,000 kes korban.

Sementara itu, India, Itali dan Perancis merekodkan lebih 30,000 kes kematian akibat COVID-19.

Dua negara dengan angka kematian melepasi 20,000 ialah Sepanyol dan Peru dengan masing-masing mencatatkan 28,000 dan 20,000 kes.

Manakala, lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 18,000 kes.