COVID-19: Rusia umum lanjut sekatan hingga 11 Mei

Kata Putin, kerajaan juga tidak akan mengumumkan untuk melonggarkan sekatan secara serentak di semua 85 wilayahnya. -AP Newsroom

MOSCOW: Rusia mengumumkan lanjutan perintah kawalan di negara itu hingga 11 Mei.

Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika mengumumkan perkara itu berkata sekatan akan hanya dilonggarkan secara berperingkat, ketika jangkitan di Rusia belum mencapai kemuncaknya.

Menurut Putin, kerajaan juga tidak akan mengumumkan pelonggaran sekatan secara serentak di semua 85 wilayahnya.

Ini memandangkan ancaman penularan virus yang masih tinggi.

Beliau turut mengarahkan barisan Kabinetnya untuk mengemukakan cadangan melonggarkan sekatan bagi sesetengah sektor perniagaan selepas 11 Mei.

Rusia mencatat lebih 93,000 kes positif COVID-19, dengan 867 kematian.