COVID-19: Sektor bukan kritikal di Switzerland mula beroperasi

Sektor perniagaan bukan kritikal di Switzerland seperti kedai mendandan rambut, kedai tatu serta klinik haiwan memulakan operasinya. – REUTERS/Arnd Wiegmann

ZURICH: Sektor perniagaan bukan kritikal di Switzerland seperti kedai mendandan rambut, kedai tatu serta klinik haiwan memulakan operasinya.

Ini selepas pihak berkuasa negara itu mengumumkan untuk melonggarkan sekatan secara berperingkat.

Premis berkenaan bagaimanapun perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Ini termasuk mengamalkan penjarakan sosial yang ketat.

Pekerja perkhidmatan gunting rambut dan urut pula diwajibkan memakai topeng muka.

Switzerland melaksanakan penutupan semua premis dan perkhidmatan bukan kritikal selama beberapa minggu bagi membendung penularan COVID-19.

Sekolah dan sektor perniagaan lain akan mula dibuka pada 11 Mei.

Ini diikuti dengan pembukaan sepenuhnya semua sektor perniagaan bermula 8 Jun.